Tazkirah
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
JAM
Message Box


Tazkirah
Bilangan Pengunjung
Bermula 10 Oktober 2007


Tetamu Sedang Online
hit counter
Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS)
Wednesday, October 1, 2008


Kaherah, Isnin 25 Ogos. Berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS) yang dianjurkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Persidangan pada kali ini bertemakan “Temukan Idea, Mendepani Massa.”. Persidangan tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 ogos dan 26 ogos , bertempat di Dewan Kristal, Sally Mall, Kaherah, Mesir.

Persidangan pada kali ini dihadiri oleh Perwakilan Mahasiswa Islam Malaysia daripada Yaman, Syria, Jordan, Morocco dan Britian .Bagi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) diwakili oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Perwakilan PEMAYA bertolak pada 20 ogos dan disambut oleh Wakil PMRAM kemudian ditempatkan di Rumah Anak-anak Pulau Pinang.

Pada persidangan tersebut, semua perwakilan yang hadir telah bersepakat sebulat suara mengeluarkan 9 resolusi yang menyentuh berkaitan hal-hal berkenaan kepentingan Umat islam. Secara keseluruhan pihak perwakilan berpuashati diatas layanan dan kerjasama yang diberikan PMRAM sehingga akhir persidangan.

Harapan PERMAYA agar persidangan sebegini dapat dilaksanakan pada setiap tahun agar ukhuwwah dan kebersamaan Mahasiswa Islam Malaysia yang berada diluar negara terus terjalin erat diatas kesatuan fikrah dan amal. Pihak PERMAYA mengucapkan jutaan terima kasih pada PMRAM kerana menjemput PERMAYA dan sudi untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan pada kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Rumah Anak-Anak Pulau Pinang diatas layanan baik yang diberikan pada perwakilan PERMAYA.







posted by ibnuruhuddin @ 2:16 AM   0 comments
About Me




:: Nama::
ibnuruhuddin
:: Pengajian Sekarang::
Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman
:: Alamat Malaysia ::
Melaka, Malaysia
Previous Post
Archives
Links
Powered by
Permaya Online

BLOGGER
BOIKOT ISRAEL
© 2006 ibnuruhuddin .Template by .::ibnuruhuddin::.