Tazkirah
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
JAM
Message Box


Tazkirah
Bilangan Pengunjung
Bermula 10 Oktober 2007


Tetamu Sedang Online
hit counter
Perutusan Maulidur Rasul SAW
Friday, March 13, 2009

Segala puji bagi Allah taala tuhan semester alam yang menciptakan segala makhluk di muka bumi yang fana ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang digelar kekasih Allah taala, dengan perjuangan dan pengorbanan bagindalah umat Islam pada hari ini dapat menikmati keindahan dan kesucian agama Allah taala iaitu Islam.

Lafaz syukur disusun memuji keesaan Allah kerana dengan ruangan yang dikurniakanNya membenarkan pena ini berirama pada hamparan putih seindah cahaya keimanan menerangi ruangan kegelapan. Seperti sedia maklum 12 Rabiul Awal merupakan hari yang tidak akan dilupakan oleh umat Islam seluruhnya, hari lahirnya seorang insan yang berjaya meninggikan agama Allah ke pelusuk dunia bersama para sahabat yang telah terpilih.

Tatkala 12 Rabiul Awal tahun Gajah, lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi hidayah bagi umat manusia semenjak lahirnya baginda hinggalah wafatnya baginda. Sehinggalah pada hari ini, baginda masih menjadi role model kepada umatnya sama ada dari segi kepimpinan, akhlak, ibadah dan lain-lain perkara kerana baginda terkenal dengan akhlak sikap mahmudah yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain termasuk para sahabat baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah taala di dalam al-Quran yang bermaksud :-

“ Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Umat Islam di seluruh pelusuk dunia menyambut dan meraikan hari yang penuh bersejarah ini menandakan kasih dan sayangnya umat pada kekasih Allah ini Nabi Muhammad s.a.w, namun dikesempatan yang ada ini inginlah saya mengajak para pembaca sekalian merenung sejenak akan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak mengira sama ada pengorbanan dari segi harta-benda dan nyawa demi melihat umatnya berjaya di dunia dan akhirat.

Meraikan hari lahir baginda Nabi Muhammad s.a.w menjadi adat bagi umat Islam pada hari ini. Namun ianya sekadar merai dan menyambut tanpa mengambil segala teladan yang dicontohi oleh baginda untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Begitulah setiap tahun berlaku ke atas umat pada hari ini seolah-olah tidak menghiraukan dan membiarkan apa yang diketahuinya. Inilah golongan yang disebut “ ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Golongan yang hanya tahu berkata-kata demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan balasan yang telah disediakan oleh Allah kepadanya.

Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi segala amal perbuatan kita ketika mana bernafas dan berpijak di bumi yang fana ini sebelum Izrail diarah untuk menjemput kita ke alam yang kedua iaitu alam barzakh. Jauhi segala larangan-Nya dan beramal dengan ketaatan yang diperintahkan-Nya supaya kita tergolong dikalangan mereka yang dijanjikan Allah taala akan syurga-Nya insyaAllah.

Akhirnya, buat seluruh warga PERMAYA online terima kasih atas segala komitmen dan sokongan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah teladan yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Semoga ianya memberi semangat dan pedoman untuk kita jadikan sebagai bekalan ketika berjalan di muka bumi Allah taala ini menuju alam yang kekal buat selama-lamanya.

Salam Maulidur Rasul buat seluruh warga PERMAYA online.

Sekian,

Wan Mohd Arifuddin Bin Wan Omar
Setiausaha Agung PERMAYA
Sesi 2008/2009


posted by ibnuruhuddin @ 10:13 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me




:: Nama::
ibnuruhuddin
:: Pengajian Sekarang::
Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman
:: Alamat Malaysia ::
Melaka, Malaysia
Previous Post
Archives
Links
Powered by
Permaya Online

BLOGGER
BOIKOT ISRAEL
© 2006 ibnuruhuddin .Template by .::ibnuruhuddin::.