Tazkirah
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
JAM
Message Box


Tazkirah
Bilangan Pengunjung
Bermula 10 Oktober 2007


Tetamu Sedang Online
hit counter
Selamat Hari Raya Aidiladha 1429
Monday, December 8, 2008



Bismillahirrahmanirrahim..

Allahuakbar..Alllahuakbar..Allahuakbar..

Setinggi tinggi kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah dirafa'kan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita berada dibawah lembayung kerahmatan dan kenikmatan Aidil Adha yang penuh barakah ini. Selawat dan salam dituturkan buat penghulu anbiya, kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW dan keatas keluarganya,sahabat-sahabatnya serta para pengikut-pengikutnya dari dulu, kini dan sehingga ke hari kiamat.

Dihari yang penuh kemuliaan ini marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana hanya dengan taqwa sahajalah yang menentukan kejayaan kita didunia dan akhirat sebagaimana firman Allah SWT :

{(“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”)} [Al-Imran : 102]

Aidil Adha ataupun yang lebih dikenali dikalangan masyarakat melayu sebagai Hari Raya Haji ialah salah satu hari dimana semua ummat Islam merayakannya. Keagungannya yang penuh dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Sebagaimana yang kita sedia maklum juga bahawa dua hari raya yang terdapat didalam bulan Syawwal dan Zulhijjah ini merupakan perayaan Islam yang diiktiraf sendiri oleh Nabi kita Muhammad SAW sebagaimana yang disebut didalam hadith baginda SAW :

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Nabi SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr.”

(H.R Abu Daud dan al-Nasa’i dengan sanad yang sahih)

Pada hari ini juga saudara-saudara kita yang mengerjakan ibadah haji berbondong-bondong menunaikan ibadah wukuf ditanah Arafah. Menginsafi diri dan merasakan kehebatan suasana mahsyar yang dijanjikan Allah pasti berlaku. Adapun kita yang jauh dari tanah suci ini, marilah kita menyambutnya dengan bertakbir dan bertahmid membesarkan Allah SWT disamping memeriahkannya dengan ibadah korban sepertimana yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Bersama-samalah kita menginsafi seribu macam makna disebalik ibadah korban yang kita lakukan. Janganlah kita sekadar bergembira sahaja dengannya tanpa mengambil kira makna dan hakikatnya. Sebagai suatu contoh kalau sekiranya kita boleh berkerjasama didalam gerak kerja menyembelih binatang korban, melapah, memotong dan sebagainya sehingga ianya selesai dibahagi-bahagikan dalam masa yang sama kita semua mempunyai kepentingan, waktu dan arus pemikiran yang terkadang sama dan terkadang berbeza. Tetapi dalam gerakkerja tersebut,kita boleh mengenepikan segala macam perbezaan dan mengorbankan segala kepentingan demi memastikan ukhuwwah islamiah, matlamat dan tujuan utama tercapai serta terlaksana. Mengapa tidak didalam skop yang lebih besar, konsep itu diaplikasikan didalam kehidupan berjamaah kita samada didalam PERMAYA yang kita cintai ini ataupun perlaksanaan gerak kerja Islam yang kita lakukan. Marilah sama-sama sempena Aidil Adha yang mulia ini, kita jadikan ianya noktah bidayah kearah perubahan yang lebih baik dan mengorbankan segala kepentingan kita demi memastikan syariat Allah dan panji-panjinya tertegak dimuka bumi ini. Sesungguhnya perubahan dan pengorbanan itu agenda bersama.

Didalam kita bersuka ria pada hari ini, perlulah kita ingat bahawa disana ada saudara-saudara kita yang tak dapat meraikannya dengan sempurna. Ingatlah saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Chechnya, Afghanistan, Somalia, Filipina, Kemboja, Thailand dan negara-negara yang lain diseluruh dipelusuk dunia yang sentiasa diburu musuh, kelaparan dan kesusahan. Saban hari ada sahaja anak-anak dan keluarga mereka yang menjadi korban dan mangsa kekejaman musuh Allah dan musuh kita itu.

Mereka menghina Allah tuhan kita yang Esa, Nabi yang kita kasihi, Kitab yang kita junjung, Islam yang kita perjuangkan, pemuda-pemudi muslim yang dibunuh dan disesatkan, anak-anak gadis muslimah yang diperkosa akidah dan kehormatan dan bermacam-macam lagi bentuk serangan yang dihujankan kepada umat Islam dewasa ini. Relakah kita sekadar berdiam diri tidak berbuat apa-apa. Sesungguhnya mereka adalah adik beradik kita dalam Islam. Tidak ada setitis pun darah muslim yang gratis.

Marilah kita di dalam takbir dan tahmid, sama-sama mendoakan mereka diberikan kemenangan dan pertolongan dari Allah SWT serta membulatkan azam dan tekad kita untuk memberikan pertolongan kepada mereka dan sumbangan untuk Islam semampu daya kita InsyaAllah. Semoga Allah menghancurkan dan melaknat golongan kuffar yang memusuhi dan meyakiti kita dengan tangan-tangan para mujahid murabitun akhir zaman ini Semoga kita semua termasuk didalam golongan itu.Amin.

Disamping itu sempena Aidil Adha ini juga, marilah sama-sama kita muhasabah segala amalan dan kerja buat kita sepanjang umur yang diberi Allah SWT kepada kita ini. Semoga pengorbanan, kepasrahan dan ketaqwaan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dapat diambil iktibar dan dicernakan didalam kehidupan kita untuk hari-hari yang mendatang.

Untuk akhirnya, saya mewakili pihak PERMAYA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak samada pihak kedutaan, para mahasiswa dan rakyat Malaysia di Yaman yang memberikan sepenuh kerjasama dan sumbangan didalam apa jua bentuk serta bertungkus lumus memastikan gerak kerja PERMAYA sesi ini berjalan dengan lancar dan baik. Semoga Allah membalas usaha dan jasa kalian dengan sebesar-besar ganjaran dan mengumpulkan kita bersama dibarisan hadapan batalion Nabi kita Muhammad SAW akhirat kelak InsyaAllah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Ahmad Bilal bin Rahuddin
Presiden PERMAYA
Sesi 2008 / 2009

posted by ibnuruhuddin @ 11:03 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me




:: Nama::
ibnuruhuddin
:: Pengajian Sekarang::
Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman
:: Alamat Malaysia ::
Melaka, Malaysia
Previous Post
Archives
Links
Powered by
Permaya Online

BLOGGER
BOIKOT ISRAEL
© 2006 ibnuruhuddin .Template by .::ibnuruhuddin::.