Tazkirah
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
JAM
Message Box


Tazkirah
Bilangan Pengunjung
Bermula 10 Oktober 2007


Tetamu Sedang Online
hit counter
Hidup Ini Sebuah Perjalanan
Sunday, August 17, 2008

Dunia semakin tua. Ibarat orang tua yang sudah memutih uban di kepalanya,yang telah berkerut pipinya, yang te;ah longlai langkahnya, yang telah pudar matanya dan yang telah parau suaranya.

Hiruk pikuk alam dengan masih tidak mengabaikan keadaannya yang semakin rapuh, renta dan lemah. Gejolak insan soleh itu di mana-mana menyuarakan kebenaran, sementara telinga-telinga itu seakan-akan tuli tak berdesir sedikit pun.

Hidup adalah perjalanan dan pelayaran. Ia akan menemui destinasi di penghujung pelayaran nanti. Apalah daya jika pelayaran berlangsung terus tanpa henti. Sementara bekal yang dibawa tidak memadai. Sangatlah rugi bekal itu tidak dikejar ketika pelayaran belum dimulai.

Demikian kehidupan dengan romantiknya. Al-Quran telah dahulu memberitahu, “tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati”.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW juga menyebutkan agar selalu dan sentiasa mengingati mati, sebab orang yang sentiasa mengingati mati, dia akan terbayang perjalanannya di alam barzakh dan alam pembangkitan nanti. Dengan demikian, persiapan untuk menghadapinya harus dibuat sebanyak mungkin.

Kerana itu tiada alasan bagi kita untuk bersuka ria dialam fana ini, sementara maut dia ambang pintu. Maut tanpa melihat siapa dan apa kedudukannya, berapa umurnya, sudahkah dia bernikah, tamatkah kuliyahnya, bertemukah dia dengan orang tuanya lagi disaat sedang belajar jauh daripada orang tua dan sanak saudara?????

Tanpa ambil peduli itu semua, malaikat Izrail datang meragut nyawa siapa yang diperintahkan kepadanya. Seperti fiman ALLAH “Apabila telah datang ajal kamu sekalian, maka tidak dapat diundurkan walau sesaat dan tidak pula dapat dilebihkan”..

Kilauan permata dunia akan selalu kau gilakan selama cinta ALLAH dan RasulNYA belum kau letakkan pada kedudukan yang tertinggi. Sehingga cinta dunianya lebih mendominasi dari segalanya. Pada hal semua itu hanyalah perhiasan dunia belaka.

Firman ALLAH SWT “Harta dan anak adalah perhiasan dunia”. Ertinya, dunia yang didiami sekarang ini hanyalah sebuah pengembaraan.

Hidup ini pasti akan MATI...........
posted by ibnuruhuddin @ 1:08 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me




:: Nama::
ibnuruhuddin
:: Pengajian Sekarang::
Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman
:: Alamat Malaysia ::
Melaka, Malaysia
Previous Post
Archives
Links
Powered by
Permaya Online

BLOGGER
BOIKOT ISRAEL
© 2006 ibnuruhuddin .Template by .::ibnuruhuddin::.